About us
Merupakan Syarikat l00% Dimiliki Dan Diuruskan Sepenuhnya Oleh Bumiputera dan Patuh Syariah
lnsa Photo Zoom merupakan syarikat yang dimiliki oleh bumiputera dan juga diuruskan sepenuhnya oleh bumiputera, dari segi pemasaran, perancangan, implementasi, percetakan, kawalan kualiti dan pembungkusan . Kami juga mengamalkan prinsip perniagaan yang patuh syariah.
Berpengalaman Luas Dalam Menyempurnakan Pengurusan Fotografi Konvokesyen tanpa Sebarang Masalah
lnsa Photo Zoom telah menyempurnakan lebih dari 280 projek fotografi konvokesyen di 12 buah negeri di Semenanjung Malaysia.
Perkhidmatan Pantas
Kami mempunyai sistem pengurusan gambar yang sistematik dan berkesan serta petugas yang berpengalaman untuk memastikan gambar berkualiti tinggi dan siap pada waktu yang dijanjikan, samada siap dalam masa satu hari mahupun siap hanya dalam masa beberapa jam selepas majlis tamat.
Mempunyai Mesin Percetakan Digital Noritsu dan Fujifilm Frontier
Untuk memastikan gambar siap pada waktu yang dijanjikan, kami dapat mengawal output, kualiti dan kelajuan percetakan yang dikehendaki.
Mempunyai Rekod Yang Cemerlang
Menerusi pelan tindakan terancang "poka yoke", kami dapat memastikan pengesanan gambar graduan yang tepat walaupun susunan graduan tidak teratur. lni terbukti dengan rekod jemputan semula daripada IPT yang pernah menggunakan perkhidmatan kami.
Menyediakan Jurugambar Profesional
Kami mempunyai jurugambar professional yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi konvokesyen bagi memastikan gambar yang menepati komposisi dan pencahayaan yang mencukupi serta menggunakan peralatan fotografi digital yang lengkap.
Akademi Pusat Latihan lndustri
Kami mempunyai Akademi Pusat Latihan yang telah melatih ramai pellajar lepasan ILP, ADTEC, Kolej Komuniti, Politeknik don IPT lain menjalani latihan lndustri sejak 2007 dan ada yang diserap masuk menjadi kakitangan tetap syarikat dalam bidang Fotografi dan Rekabentuk Grafik/Animasi.